Pages

Sunday, March 20, 2011

Malam ini aku tak makan malam.



Aku seorang sahaja kat umah sekarang. Housemate yang lain dah balik kampung. Hanya aku, Albert dan Zarrif sahaja yang masih tinggal. Mereka berdua belum balik dari kerja lagi. Aku tengah lapar sekarang tapi tak nak keluar pergi makn sebap tak ada duit. Ada pun takut ada keperluan lain yang lebih mendesak, sebap tu tak turun gi makan. Aku dah makan tengahari tadi. Tak apalah, makan sehari pun dah cukup. Aku tetap bersyukur dengan Tuhan walaupun aku hanya dapat makan sekali dalam sehari.

Aku tak nak meminjam duit member(s) semata-mata nak isi perut aku yang tengah berbunyi kelapara ini. Takapelah lapar. Kalo meminjam pun, kena bayar balik. Tak gitu, mana pun meminjam kan. Walaupun aku lapar, aku still happy sebap segala hutang2 kat umah ne (bil elektrik) dah settle kecuali bil air. Risau juga aku nak memikirkannya bila member tagih untuk bayar. Mana aku nak dapat duit. Huhuhu..




Sebenarnya aku teringin nak kerja part time tapi keadaan aku sekarang sangat-sangat tak menungkinkan untuk aku berbuat demikian. Aku ini budak kampung asal dari Sabah yang tiba-tiba datang ke kota besar sepeti KL ne. Aku lemah dari segala segi. Pelajaran aku terambang-ambing, english aku entah siapa yang boleh faham. Oleh sebap itu aku kena memberikan focus yang tinggi untuk mengatasinya. Setiap hari aku akan memulakan ulangkaji dari jam 10pm-4am. Begitulah rutin harian aku, jadi aku tak ada masa nak kerja part time.

Kalo nak harapkan duit parent, sorry lah awak. Parent aku bukannya berkemampuan. Mama aku kerja dengan government secara kontrak denga gaji bersih RM700 je, Papa pulak tak berkerja sebap papa selalu sakit-sakit. Dah tu aku juga ada ada seorang adik kecil umur 9 tahun yang perlu disara. Pendapatan seperti itu rasanya berapa sangat yang boleh mereka kirim. Aku 100% mengharapkan permohonan lon MARA aku diluluskan secepat yang mungkin. Kalo dah lulus senaglah sikit ada gak wang poket bulanan mask. Aku janji dengan diri aku sendiri, sekiranya lon aku lulus dan dah masuk aku tak akan minta duit parent aku lagi, malah aku nak kumpul duit nak beli baju raya untuk mereka. Awak tunggu je entry baju raya nanti, sedih awak.
Aku harap korang doakan aku kuat ye, kuat untuk menghadapi dugaan aku ne. Kalo berat pemintaan aku ne, aku harap awak ucap inysallah / amin. Terima kasih untuknya, hanya Tuhan saja yang dapat membalasnya.

P/S : Baiklah awak, masa saya dah habis. Saya nak study; Jom.~(^^)

No comments:

Post a Comment