Pages

Friday, March 25, 2011

Entry baju raya



Selamat pagi awak. Hari ini awak apa kabar? Aku harap awak sihat sejahtera dan happy selalu. Seperti yang aku janjikan pada post entry lepas, aku sekarang akan ceta pasal baju raya. Awak dah makan ke belum, kalo belum itu awak pegilah makan dulu ataupun makan sambil baca blog aku pun ok gak. (nak promot sikit. heeee).

Ceta pasal baju raya ne kan awak, dulu masa kecik-kecik saya tak pernah tak ada baju raya baru. Setiap tahun ade je baju raya. Ye lah anak kesayangan kat family dan kakak pun sama juga, tak sah raya tanpa baju raya. Masa tu adik tak ada lagi, ye lah beza umur adik kan 13 tahun, confirmlah tak ada.

Setiap kali raya, mama akan bawa saja dah kakak ke pekan untuk beli baju raya bersama-sama dengan kakak. Aku tak pernah merasa kukurangan kerana adanya baju raya yang serba lengkap dari kepala ke kaki semuanya serba baru. Kasihan mama penat melayan karenah kami beradik. Memilih sangat-sangat, nak tiu tak nak ini. Maaf ye mama, kami terlalu muda untuk memahami erti kematangan. Masih segar dalam ingatan aku, aku selalu buat hal kalo tak dituruti kata hati, merajuk dan lari menghilangkan diri di sebalik lautan manusia dan kedai-kedai kat situ. Naik pening kepala mama.

Setiap tahun pakaian raya aku sentiasa silih berganti. Mama tak, papa juga turut sama. Dengan mulut dan akal aku yang tak tahu menghargai dan menjaga hati mama dan papa bertanya “ Mama kenapa setiap ko tidak beli baju raya? Kamu tidak mo raya kah ne?” Begitulah dialek bahasa melayu aku sebagai budak sabahan. Mama menjawap pendak, baju mama elok lagi, masih cantik. Pertanyaan aku terhenti “ohhhhhh”!.

Semakin usia aku meningkat, pengamatan dan pemahaman aku tentang keluarga semkin menebal. Aku semakin baik untuk membaca hati mama dan papa. Kini aku tidak bertanya lagi  mengapa tak ada baju raya. Jawapannya sungguh jelas berada di depan mataku.

Erti hari syawal bukanlah terletak pada pakaian yang digayakan dan juga bukan pada makana dan minuman yang dihidangkan kepada para tetamu hari yang mulia itu. Bukan juga pada duit raya yang diberikan kepada tetamu yang datang berkunjung. Apatah lagi selipar/sandle/ kasut baru yang menjadi alas kaki.

Peristiwa ini sangat kuat tersimpan dalam memory Aku. Suatu hari tu, aku menemani mama berjalan-jalan seketika. Pada masa itu, hari raya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Aku memcari-cari mama yang ku sangka telah hilang. Aku menoleh ke belakang, rupa-rupanya mama sedang berjalan menuju ke sebuh kedai. Mama menyentuh pakaian yang diragakan oleh patung yang kaku itu. Aku berjalan pantas mendapatkan mama. Mama berkata tanpa melihat aku. “Cantik ne daah baju nina ei. Saya suka daah ne. Tingumah warna dia nga cantik. Jenis kain dia tun cantik juga. Mama suka daah ini.” Bermaksud “Cantiknya baju ini. Saya suka baju ini. Lihat warna baju ini, pun cantik juga. Jenis kain juga cantik. Mama suka ini.” Mama terus berkata-kata tanpa henti. “Berapa harga ini baju?”Sambil melihat tag harga yang tertera.

Awak, aku tak tahu nak kata apa awak. Aku benar-benar kasihan mama. Mama lelepaskan tangannya dengan sayu sekali apabila melihat harga yang tertera. RM499.99. Hati aku menangis melihat aksi mama. Terus terang awak, aku  tak mampun melihat raut wajah mama pada masa itu, sebap itu aku hanya melihat tangan mama. Mama diam aku turut diam. Aku cuba memujuk mama. “Mak ini butik kalo di kedai biasa2 banyak lagi macam ini. Murah-murah lagi.”  Ya Allah, maafkan aku kerana aku aku telah berbuat dosa yang teramat besar secara sengaja. Sesunguhnya aku tahu dan sedar, rekaan di butik itu tidak terdapat di mana-mana, rekaan mereka adalah limited edition. Maafkan aku ya Allah, aku hanya cuba untuk mengubati hati mama. Hati aku luka tapi  aku tahu hati mama lagi terluka. Saat itu aku bertekad nak belikan mama baju raya pada tahun yang sama menggunakan duit yang aku ada.

Tahun itu kewangan kami bena-benar sempit. Perbelanjaan untuk raya confirm tak ada, untuk membeli sebotol air ros merah (kegemaran mama) yang berharga RM1.5 untuk dihidangkan untuk kepada tetamu juga tak ada mampu. Aku hanya hanya berdoa kepada Allah agar kejaiban berlaku.
Saat beberapa hari sebelum hari raya, duit lon PTPTN aku masuk. Aku orang yang sangat-sangat gembira di dunia pada masa itu. Duit yang masuk tak lah banyak, sikit sahaja. Aku sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana memberikan kejaiban kepada keluarga kami. Aku bersyukur.

Pada raka kali itu aku membelanjakan wang PTPTn itu untuk raya kat rumah. Aku membelakangkan kata-kata expert untuk tujuan pembelajaran, aku tak kisah semuanya, janji family aku beraya. Kiranya aku yang sponser semuanya. Tak adalah mewah sangat, hanya kelengkapan ketupat dah cukup. Kalo nak kami beli semua kuih muih yang berlambak kat kedai tu alamatlah tak raya punya.

Walaupun aku gembira aku masih tetap tak ingat tekad dan janji setiaku untuk membelikan mama baju raya. Sebelum raya aku ajak mam ke pecan untuk beli baju raya juga untuk adik. Kakak tak nak katanya, aku faham maksudnya, oleh itu aku tak memaksa. Aku bawa mama untuk pusing satu pekan tu untuk pilih baju raya. Aku membayangkan sekiaranya aku dapat buat ini selalu, membelikan mereka pakaian dan minuman; aku nak kerja.

Akhirnaya mama tertarik dengan sehelai baju berwarna biru hitam dengan jenis kain yang mama lihat tempoh hari walaupun berlainan warna dan corak serta potogan kainnya. Mama lihat haganya, mahal katanya. Oleh itu, mama meletakkan kembali pakain itu. Aku ambil mengukur sekli lagi adakah pakaian tu cocok untuknya. Ya, sesuai sekali. Mama suka dan saiz juga sesuai. Aku bawa baju itu ke kaunter, mama masih nenolak masih mengatakan mahal. “Murah saja ne, sekarang ada promosi.” Aku bibir maka ingin mengatakan sesuatu. Aku dengan cepat mematikan kata-katanya. “Cantik bah ne kalo mama pakai tudung yang sanaa tuu” Tanpa menunggu jawapannya aku pantasa menuju ke kaunter. Maka dengan itu, ianya telah menjadi baju mama yang sangat disukainya dan mahal yang pernah mama miliki berharga RM79.++.

Pesanan untuk mama tersayang.
Mama maafkan aku sebap sehingga kini masih tak mampu membelikan mama pakaian seperti yang benar-benar mama idamkan. Maafkan aku mama, hanya pakaian berharga RM79.++ itu sahaja kemampuan ku setakat ini. Aku bertekad suatu hari nanti aku dengan jayanya membelikan mama pakaian-pakaian kegemaran mama. Akan ku bawa mama membeli-belah di shopping complex dan bukan dipasar malam juga kedai rucit jalanan. Sungguhpun begitu mama, sekiranya suatu hari nanti, sendainya aku gagal untuk mereliasisikannkan, aku akan setia menjaga mama juga papa dengan sebaik mungkin. Aku anakmu yang jauh ,sangat sayang dan sentiasa merindui belaian kasih sayang akan senantiasa ingat akan tanggungjawapku untuk menjaga mama dan papa. Sekiranya aku mengukir jaji yang aku kongsikan kepada dunia maya maka laknatlah aku disisi-NYA. Ya Allah, tuhan sekalian alam, berilah aku kekuatan dan permudahkanlah perjalanan aku dan sekeluarga untuk menempakan kaki ke syurga. Sesungguhnya engkau seorang yang pengampun lagi mengasihani. Amin.

No comments:

Post a Comment