Jika suatu hari nanti aku ditakdirkan jatuh sakit, aku memohon agar Allah memberikan aku untuk menghadapinya. Aku juga ingin memohon keadanya agar dirigankan ujian keatasku. Aku sekarang berada jauh dari keluarga. Tidak punya temah rapat yang boleh diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk memberikan pertolongan. Bukan aku meragui hubungan persahabatan yang ada dalam kalangan teman-temanku tetapi aku agak kuatir adakah mereka mampu menjadaku takala aku terlantar sakit sperti mama dan papa menjagaku apabila akus sakit.
Aku berharap dapat ditemukan dengan seseorang yang benar-benar tulus, iklas dan jujur dalam persahabatan. Aku berjanji akan menerima insan itu walau apa jua keadaannya. Pujanggan ada mengatakan “terimalah sahabatmu walap bagaimanapun jua. Dalam 10 orang sahabat yang engkau jumpa mungkin hanya ada seorang sahaja yang akan bersahabat denganmu tanpa syarat”. Ya allah, ketemukanlah aku kepada insan yang boleh menerima aku sebagai sahabat tanpa syarat agar aku boleh mengenali dan mempelajari hatibudinya.

No comments:
Post a Comment