Pages

Friday, March 25, 2011

Entry baju raya



Selamat pagi awak. Hari ini awak apa kabar? Aku harap awak sihat sejahtera dan happy selalu. Seperti yang aku janjikan pada post entry lepas, aku sekarang akan ceta pasal baju raya. Awak dah makan ke belum, kalo belum itu awak pegilah makan dulu ataupun makan sambil baca blog aku pun ok gak. (nak promot sikit. heeee).

Ceta pasal baju raya ne kan awak, dulu masa kecik-kecik saya tak pernah tak ada baju raya baru. Setiap tahun ade je baju raya. Ye lah anak kesayangan kat family dan kakak pun sama juga, tak sah raya tanpa baju raya. Masa tu adik tak ada lagi, ye lah beza umur adik kan 13 tahun, confirmlah tak ada.

Setiap kali raya, mama akan bawa saja dah kakak ke pekan untuk beli baju raya bersama-sama dengan kakak. Aku tak pernah merasa kukurangan kerana adanya baju raya yang serba lengkap dari kepala ke kaki semuanya serba baru. Kasihan mama penat melayan karenah kami beradik. Memilih sangat-sangat, nak tiu tak nak ini. Maaf ye mama, kami terlalu muda untuk memahami erti kematangan. Masih segar dalam ingatan aku, aku selalu buat hal kalo tak dituruti kata hati, merajuk dan lari menghilangkan diri di sebalik lautan manusia dan kedai-kedai kat situ. Naik pening kepala mama.

Setiap tahun pakaian raya aku sentiasa silih berganti. Mama tak, papa juga turut sama. Dengan mulut dan akal aku yang tak tahu menghargai dan menjaga hati mama dan papa bertanya “ Mama kenapa setiap ko tidak beli baju raya? Kamu tidak mo raya kah ne?” Begitulah dialek bahasa melayu aku sebagai budak sabahan. Mama menjawap pendak, baju mama elok lagi, masih cantik. Pertanyaan aku terhenti “ohhhhhh”!.

Semakin usia aku meningkat, pengamatan dan pemahaman aku tentang keluarga semkin menebal. Aku semakin baik untuk membaca hati mama dan papa. Kini aku tidak bertanya lagi  mengapa tak ada baju raya. Jawapannya sungguh jelas berada di depan mataku.

Erti hari syawal bukanlah terletak pada pakaian yang digayakan dan juga bukan pada makana dan minuman yang dihidangkan kepada para tetamu hari yang mulia itu. Bukan juga pada duit raya yang diberikan kepada tetamu yang datang berkunjung. Apatah lagi selipar/sandle/ kasut baru yang menjadi alas kaki.

Peristiwa ini sangat kuat tersimpan dalam memory Aku. Suatu hari tu, aku menemani mama berjalan-jalan seketika. Pada masa itu, hari raya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Aku memcari-cari mama yang ku sangka telah hilang. Aku menoleh ke belakang, rupa-rupanya mama sedang berjalan menuju ke sebuh kedai. Mama menyentuh pakaian yang diragakan oleh patung yang kaku itu. Aku berjalan pantas mendapatkan mama. Mama berkata tanpa melihat aku. “Cantik ne daah baju nina ei. Saya suka daah ne. Tingumah warna dia nga cantik. Jenis kain dia tun cantik juga. Mama suka daah ini.” Bermaksud “Cantiknya baju ini. Saya suka baju ini. Lihat warna baju ini, pun cantik juga. Jenis kain juga cantik. Mama suka ini.” Mama terus berkata-kata tanpa henti. “Berapa harga ini baju?”Sambil melihat tag harga yang tertera.

Awak, aku tak tahu nak kata apa awak. Aku benar-benar kasihan mama. Mama lelepaskan tangannya dengan sayu sekali apabila melihat harga yang tertera. RM499.99. Hati aku menangis melihat aksi mama. Terus terang awak, aku  tak mampun melihat raut wajah mama pada masa itu, sebap itu aku hanya melihat tangan mama. Mama diam aku turut diam. Aku cuba memujuk mama. “Mak ini butik kalo di kedai biasa2 banyak lagi macam ini. Murah-murah lagi.”  Ya Allah, maafkan aku kerana aku aku telah berbuat dosa yang teramat besar secara sengaja. Sesunguhnya aku tahu dan sedar, rekaan di butik itu tidak terdapat di mana-mana, rekaan mereka adalah limited edition. Maafkan aku ya Allah, aku hanya cuba untuk mengubati hati mama. Hati aku luka tapi  aku tahu hati mama lagi terluka. Saat itu aku bertekad nak belikan mama baju raya pada tahun yang sama menggunakan duit yang aku ada.

Tahun itu kewangan kami bena-benar sempit. Perbelanjaan untuk raya confirm tak ada, untuk membeli sebotol air ros merah (kegemaran mama) yang berharga RM1.5 untuk dihidangkan untuk kepada tetamu juga tak ada mampu. Aku hanya hanya berdoa kepada Allah agar kejaiban berlaku.
Saat beberapa hari sebelum hari raya, duit lon PTPTN aku masuk. Aku orang yang sangat-sangat gembira di dunia pada masa itu. Duit yang masuk tak lah banyak, sikit sahaja. Aku sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana memberikan kejaiban kepada keluarga kami. Aku bersyukur.

Pada raka kali itu aku membelanjakan wang PTPTn itu untuk raya kat rumah. Aku membelakangkan kata-kata expert untuk tujuan pembelajaran, aku tak kisah semuanya, janji family aku beraya. Kiranya aku yang sponser semuanya. Tak adalah mewah sangat, hanya kelengkapan ketupat dah cukup. Kalo nak kami beli semua kuih muih yang berlambak kat kedai tu alamatlah tak raya punya.

Walaupun aku gembira aku masih tetap tak ingat tekad dan janji setiaku untuk membelikan mama baju raya. Sebelum raya aku ajak mam ke pecan untuk beli baju raya juga untuk adik. Kakak tak nak katanya, aku faham maksudnya, oleh itu aku tak memaksa. Aku bawa mama untuk pusing satu pekan tu untuk pilih baju raya. Aku membayangkan sekiaranya aku dapat buat ini selalu, membelikan mereka pakaian dan minuman; aku nak kerja.

Akhirnaya mama tertarik dengan sehelai baju berwarna biru hitam dengan jenis kain yang mama lihat tempoh hari walaupun berlainan warna dan corak serta potogan kainnya. Mama lihat haganya, mahal katanya. Oleh itu, mama meletakkan kembali pakain itu. Aku ambil mengukur sekli lagi adakah pakaian tu cocok untuknya. Ya, sesuai sekali. Mama suka dan saiz juga sesuai. Aku bawa baju itu ke kaunter, mama masih nenolak masih mengatakan mahal. “Murah saja ne, sekarang ada promosi.” Aku bibir maka ingin mengatakan sesuatu. Aku dengan cepat mematikan kata-katanya. “Cantik bah ne kalo mama pakai tudung yang sanaa tuu” Tanpa menunggu jawapannya aku pantasa menuju ke kaunter. Maka dengan itu, ianya telah menjadi baju mama yang sangat disukainya dan mahal yang pernah mama miliki berharga RM79.++.

Pesanan untuk mama tersayang.
Mama maafkan aku sebap sehingga kini masih tak mampu membelikan mama pakaian seperti yang benar-benar mama idamkan. Maafkan aku mama, hanya pakaian berharga RM79.++ itu sahaja kemampuan ku setakat ini. Aku bertekad suatu hari nanti aku dengan jayanya membelikan mama pakaian-pakaian kegemaran mama. Akan ku bawa mama membeli-belah di shopping complex dan bukan dipasar malam juga kedai rucit jalanan. Sungguhpun begitu mama, sekiranya suatu hari nanti, sendainya aku gagal untuk mereliasisikannkan, aku akan setia menjaga mama juga papa dengan sebaik mungkin. Aku anakmu yang jauh ,sangat sayang dan sentiasa merindui belaian kasih sayang akan senantiasa ingat akan tanggungjawapku untuk menjaga mama dan papa. Sekiranya aku mengukir jaji yang aku kongsikan kepada dunia maya maka laknatlah aku disisi-NYA. Ya Allah, tuhan sekalian alam, berilah aku kekuatan dan permudahkanlah perjalanan aku dan sekeluarga untuk menempakan kaki ke syurga. Sesungguhnya engkau seorang yang pengampun lagi mengasihani. Amin.

Sunday, March 20, 2011

Malam ini aku tak makan malam.



Aku seorang sahaja kat umah sekarang. Housemate yang lain dah balik kampung. Hanya aku, Albert dan Zarrif sahaja yang masih tinggal. Mereka berdua belum balik dari kerja lagi. Aku tengah lapar sekarang tapi tak nak keluar pergi makn sebap tak ada duit. Ada pun takut ada keperluan lain yang lebih mendesak, sebap tu tak turun gi makan. Aku dah makan tengahari tadi. Tak apalah, makan sehari pun dah cukup. Aku tetap bersyukur dengan Tuhan walaupun aku hanya dapat makan sekali dalam sehari.

Aku tak nak meminjam duit member(s) semata-mata nak isi perut aku yang tengah berbunyi kelapara ini. Takapelah lapar. Kalo meminjam pun, kena bayar balik. Tak gitu, mana pun meminjam kan. Walaupun aku lapar, aku still happy sebap segala hutang2 kat umah ne (bil elektrik) dah settle kecuali bil air. Risau juga aku nak memikirkannya bila member tagih untuk bayar. Mana aku nak dapat duit. Huhuhu..




Sebenarnya aku teringin nak kerja part time tapi keadaan aku sekarang sangat-sangat tak menungkinkan untuk aku berbuat demikian. Aku ini budak kampung asal dari Sabah yang tiba-tiba datang ke kota besar sepeti KL ne. Aku lemah dari segala segi. Pelajaran aku terambang-ambing, english aku entah siapa yang boleh faham. Oleh sebap itu aku kena memberikan focus yang tinggi untuk mengatasinya. Setiap hari aku akan memulakan ulangkaji dari jam 10pm-4am. Begitulah rutin harian aku, jadi aku tak ada masa nak kerja part time.

Kalo nak harapkan duit parent, sorry lah awak. Parent aku bukannya berkemampuan. Mama aku kerja dengan government secara kontrak denga gaji bersih RM700 je, Papa pulak tak berkerja sebap papa selalu sakit-sakit. Dah tu aku juga ada ada seorang adik kecil umur 9 tahun yang perlu disara. Pendapatan seperti itu rasanya berapa sangat yang boleh mereka kirim. Aku 100% mengharapkan permohonan lon MARA aku diluluskan secepat yang mungkin. Kalo dah lulus senaglah sikit ada gak wang poket bulanan mask. Aku janji dengan diri aku sendiri, sekiranya lon aku lulus dan dah masuk aku tak akan minta duit parent aku lagi, malah aku nak kumpul duit nak beli baju raya untuk mereka. Awak tunggu je entry baju raya nanti, sedih awak.
Aku harap korang doakan aku kuat ye, kuat untuk menghadapi dugaan aku ne. Kalo berat pemintaan aku ne, aku harap awak ucap inysallah / amin. Terima kasih untuknya, hanya Tuhan saja yang dapat membalasnya.

P/S : Baiklah awak, masa saya dah habis. Saya nak study; Jom.~(^^)

Friday, March 18, 2011

Jika suatu hari nanti



Jika suatu hari nanti aku ditakdirkan jatuh sakit, aku memohon agar Allah memberikan aku untuk menghadapinya. Aku juga ingin memohon keadanya agar dirigankan ujian keatasku. Aku sekarang berada jauh dari keluarga. Tidak punya temah rapat yang boleh diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk memberikan pertolongan. Bukan aku meragui hubungan persahabatan yang ada dalam kalangan teman-temanku tetapi aku agak kuatir adakah mereka mampu menjadaku takala aku terlantar sakit sperti mama dan papa menjagaku apabila akus sakit.

Aku berharap dapat ditemukan dengan seseorang yang benar-benar tulus, iklas dan jujur dalam persahabatan. Aku berjanji akan menerima insan itu walau apa jua keadaannya. Pujanggan ada mengatakan “terimalah sahabatmu walap bagaimanapun jua. Dalam 10 orang sahabat yang engkau jumpa mungkin hanya ada seorang sahaja yang akan bersahabat denganmu tanpa syarat”. Ya allah, ketemukanlah aku  kepada insan yang boleh menerima aku sebagai sahabat tanpa syarat agar aku boleh mengenali dan mempelajari hatibudinya.

Wednesday, March 16, 2011



Roommate call nak ngorak kawannya
Aku respect dengan orang yang ada awek ne. Tak kiralah awek korang hodoh ke tak. Aku respect sebap aku belum pernah ada awek. Kawan2 masa kat college selalu Tanya yang aku ne ada awek ke tak… aku selalu jawap ex- ada tapi hakiatnya tak pena coulpe dengan awek. Aku bukan nak tipu tapi nak selamatkan diri sendiri. Fahamkan maksud aku.

Baru je tadi roommate aku call awek yang dia nak ngorat. Naik seram bulu roma kau dengar. Leher aku pun naik sakit terpusing sana sini mendengarnya, dah lah tadi salah tido. Aku tak dapat bayangkan kalo aku yang jadi dia. “Kim, semangat apa yang ko ada ekk..” hahaha… Korang kalo suruh aku ngorak awek, aku boleh pengsan kot, SERIOUSLY.

Aku sendiri pelik ngan diri sendiri, tak ramai awek yang nak dekat2 ngorat aku. TAk semestinya lelaki je yang nak gi ngorat kan. Yang ada pun sangatlah boleh dibilang dengan jari.. kalo tengok kat cermin aku cncen juag tapi tak tau lah napa… mungkin aku ne miskin kot. Ye lah sekarang kalo nak ada awek mesti poket berisi.. 

Tuesday, March 15, 2011

Nak Bodband

Menyesal tak terhinggan dan tak berguna setelah aku terminate DiGi broadband  kakak aku tempoh hari. Aku terminatebrodband tu kerana acapkali lost connection kat area aku. Aku pun pelik gak, sekarang aku shat kat Shah Alam, dekat dengan kota metropolitan KL tapi internet connection is so badly. Area aku tinggal ini ada menyediakan pakej perkhidmatan internet; HotSpot. Caj yang dikenakan adalah berbeza dengan pakej yang ditawarkan, untuk pakej harian caj yang dikenakan ialah RM4.00, pakej mingguan pula RM9. Manakala pakej bulanan Rm29.00. First time langgan service HotSpot ini, aku ambil package bulanan, langgan untuk sebulan je. Seterusnya aku hanya melanggan package mingguan sahaja sebap tak berpusa hati dengan package bulanan. Package bulanan yang ditawarkan tak lah sebaik mana seperti yang aku imagine. Sesal kemudian tak berguna, dah terlanjur terminate broadband. Rasanya nak apply Maxis broadband tapi sekarang tak ada duit nak bayar kos registration. Sebenarnya duit tu memang ada tapi kalo aku apply broadband sekarang alamatlah berpuasa. Dahl ah sekarang aku tengah control habis-habisan saki baki duit aku.  Aku sebenarnya rasa bersalah setiap kali call parent aku nak minta duit. Bersalah sangat-sangat dan bukan setakat itu saja malu pun ada gak. Lepas final exam ne aku nak try cari kerja yang sesuai untuk aku. Aku juga nak berusaha sedaya upaya untuk upgrade blog aku ne. Budak baru nak try cari makan melalui bog, tak salah kan.

Suka hati akulah nak makan ke tak

Aku marah lagi hari ini. Marah dengan seorang roommate yang suka paksa aku makan makannya. Salah ke aku tak makan dia. Naik angin tak tentu pasal orang tak makan makanan dia. Sedap sangat ke?? kalo setkat makanan yang aku boleh beli hari-hari bebanyak terima kasih. Baik tak payah. Sedapnya mulut complain "kalo ko tak makan gemuk lah aku, banyak ne". Janganlah makan, bongok.

Tau pun kalo makan banyak jadi gendut tapi kenapa nak makan juga. Otak tu gunakan untuk berfikir, jangan simpan kat dalam kepala untuk dijadikan perhiasan. Tak ada paedahnye. Engko ne memang pelik, kalo orang tak makan makanan pandai naik angin sendiri. Pintu peti ais tetibe jek berbunyi seperti dienyek penyek dengan kuat. Pintu yang tak pandai bersuara tetibe je menjerit. Bla lah lu. Buat sakit mata , sakit hati je. 

Monday, March 14, 2011

Busuk.

Entry kali ini aku nak kongsi dengan awak BUSUK. Aku tak cam mana nak explain kat awak apa tu busuk. Kalo nak dibandingkan busuk dengan bau, busuk ne dapat pangkat yang top kot. Tak taulah. Aku  sangat bermasalah dengan housemate aku yang aku kelaskan dengan pangkat BUSUK ne. Biarla kat sini kita gelar dia PakCik BUSUK ye. Nak start kat man.. 

Ahaaaaa...

Awak, PakCik BUSUK ne housemate aku (nama pun housemate kann), nak dinaikkan pangkat maka jadilah dia roommate aku (shitt betul). PakCik BUSUK, makk aii baunya bukan main kepalang. Lalat lalu boleh pengsan awak. Kalo sehari aku tak mandi nak dibandingkan dengan dia yang dah mandi 3 jam. Fuhh.. aku masih menang. Dia ne mempunyak masalah bau badan yang amat serius. Tak taulah diasedar ke tak. Tapi kalo bau badan sendiri yang dah sah sah sangat berhampiran dengan hidung tak mungkin kot tak dapat hidu. Kalo ko tak ada hidung lain cetalah. 

Aku masih ingat lagi, first2 dulu. Aku baru je balik dari kampus. Aku sampai rumah then direct masuk bilik. Fullamakk.. BUSUK yang terkata! Dah lah Cermin dan pintu sengaja ditutup rapat. Bro, apalah perbuatan negko kat bilik ne, selalu je busuk memanjang, tutup ini itu. Melencap ke bro. Celaka ko!

Dah lah guna tula colour putih, lepas mandi lap badan habis tuala tu bertukar colour ke coklat. Ala ala warna kari gitu. Bau badan ko aku tak nak kaitkan dengan bangsa, walaupun aku tau bangsa ko ne bermasalah bau badan (ne tak yah heboh2 memang terbukti bau BUSUK!)..tapi sila lah berpantang sikit dengan orang lain. Orang tak suka dengan bau-bauan, harum-haruman serta wangi-wangian ngko tu. Tak ada yang tahan beb. Entah camana lah Gf ko boleh tahan dengan badan ko tu, tolong basuh baju pulak tu. Ewkkk...

Kalo senang2 aku uploadkanlah gambar tuala dia tu.. Pastikan biji mata akak tak terkeluar melihatnya yer..

P/S : Hingga ke saat ini aku menulis entry ini, PakCik BUSUK masih lagi membebaskan harumannay. Rasanya alo ada pertandingan bau badan, ko lah yang ter'SUPEB bro.. Macam haram!

Sunday, March 13, 2011

Pasti tak pasti.

Awak pernah tak mengalami kisah cinta online ne. Adeii.. Macam tak logik kan, baru je jumpa tapi dah ada perasaan sayang, dah ada perasaan suak; tak bersemuka plak tu, online je. Humm.. memeng pelik tapi benar.. kannnn..

Awak, awak tau tak aku minat kat seorang ne. Dia tak tau yang aku minat kat dia, kami jumpa kat laman sosial. Lama sosial tu tak lah gempk mana, dia lagi gempak. Awak, muka dia cunn sangat, comel! Aku nak sangat2 jentik pipi dia yang comel tu.. (makk aii, gatalnya. haha). Kami pernah chatting beberapa kali je, tu pun last year. Seronok chatting dengan dengan dia ne. 

Awak, aku sebenarnya berhasrat nak berkasih dah sayang (waaaaa) dengan dia tapi memandangkan aku ne tak dipandang, so apa bleh aku wat kan. Mungkin perbezaan umur tu yang membuatkan semuanya tergendala. Ye lah dia dah 34 aku plak 22. Kematangan kami tak setara, aku ne masih kebudak-budakan, masih terlompat-lompat, lap hingus pun tak bersih. 

Dia baru je celebrate birthday 10 march lepas, maka oleh gelaplah umo dia 34 tahun. Katanya, officemate dia wat surprise party pada malam tu dan dia happy sangat2. Walaupun aku tak ada kat sana melihat reaksinya aku tetap happy and still boleh imagine camner rupa dia terkezutt. Hehe.. Aku hanya mampu nak wish untuk dia, tak hadiah. sorry awak.

Awak, kisah kami berakhir kat sini, nti kalo ada perkembangan atau aku dan berkembang ke (aku berkembang .. waaa..).. hahah,, nti aku kongsi dengan awal lagi yee. heheh 

Friday, March 11, 2011

Mana datangnya kekuatan

Hari ini aku buka profile facebook aku seperti biasa. Seseorang yang bernama Maria Kajiwa add aku. Aku menerima banyak friends request sejak akhir-akhir ini mungkin disebapkan profile picture aku yang meletup lah juga (boleh caya ke ne bro?? hahah). Masuk bakul angkat sendiri pula. heheh..

Back to the main think that i would like to share. Selapas habis membaca statusnya di wall, saya dapati dia seorang yang sangat meminati dan menjiwai dunia penulisan. Maria Kajiwa akan menulis setiap hari sekurang-kurangnya one chapter in a day. Seriously, i'm very respect that person because she is giving a full effort to doing she job; energy, times, family, sleep and brainstorm. 

I'm asking to my own self, form way she's got a spirit to consistent in pen industry. Previous times, i'm always start to tray writing but i never complete it. They have something in my self that is can't explain why i cannot be consistent. Hopefully i'm learn something from what i read just now.

   

Monday, March 7, 2011

Bill elektrik


Mak aiiii.. mana aku nak dapat duit untuk bayar bil elektrik  ne. Sewa rumah RM160 aku hampir tak dapat bayar, duit makan aku dah mati-mati nak adjust ne kan pulak semahal ne. 

Terima kasih sahabat.

Aku nak ucapkan thanks bebanyak kat classmate aku; Nurul and Ipul. Aku banyak terhutang budi kat mereka ne. Nurul &  Ipul selalu tolong aku explain'kan mana2 part subject yang aku tak faham. Bukan setakat tu je, assignment & tutorial juga mereka bantu aku. 

Sini juga aku nak minta maaf (walaupun aku tau yang korang tak akan pena baca blog aku) sebap tak layan message korang tempoh hari. Aku bukannya segana beb, tapi masa tu hp aku habis cas betteri, aku dah try banyak kali nak cas tapi charger buat hal; cas tak masuk. 

Ok friends, all the best untuk exam weeks kita. Ne aku ada sediakan time table (ye ye ahh je, walhal aku je yg nampak. hoho)




Monday, February 28, 2011

Orang tak ada facebook; special!

Napa ekk aku rasa orang yang tak ada facebook ne Special. Seperti ada semacam aura yang menarik minat aku. Mungkinkah aku meletakkan syarat untuk mencari couple yang tak ada facebook??  What a weird person. Hahahaha
Semasa dalam perjalanan ke  campus aku nampak pasangan couple yang baru sahaja keluar dari kedai. Aku dengan mata sendiri nampak si jantan cuba nak tumbuk si betina dan pada masa yang sama betina tu try nak tampar kat muka pasangannya. Jantan tu tak berani nak tumbuk kuat maybe aku tengan memerhatikan gegagat mereka dengan teliti sekali tanpa mata yang berkelip. Sometimes I can be seorang pemerhati yang baik gak.

Sunday, February 27, 2011

An introduction to my blog

Makasih bebanyak untuk korang yang sudih jengok kat blog aku ne. Blog aku ne tak adalah yang special sangat, special dikit je (special kew?). Aku start ber'blogger ne time 2007 lagi. Dah banyak blog aku buat tapi terpaksa deactivated semuanya sebap alasan2 yang berbeze. Tak yalah kongsi napa aku deactivated, biar aku je yang tau ok.~(^^)

See you in a next entry..